Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Selamat Ditemui, Mengejutkan Salsabila Putri Dijumpai di Rumah Kondo Sejauh 50km. Dua lelaki ditahan


Sepang: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kes remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju, di sini, pada 25 Disember lalu.

                

“Hasil soal siasat awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek lelaki mengaku terbabit dalam kes itu.

“Mereka juga mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan berdekatan dengan inap desa berkenaan untuk berjumpa dengan mangsa,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada suspek lelaki kemudian menaiki kenderaan e-hailing bersama mangsa, manakala rakannya (suspek kedua) menaiki motosikal pulang ke kediaman di Seksyen 13, Shah Alam.

“Suspek wanita pula tidak mengaku terbabit dalam kes itu dan berada bersama dua suspek lelaki serta mangsa di lokasi tangkapan.

“Semakan dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kehilangan remaja perempuan, Salsabila Putri Mad Nasir, 13, selepas keluar dari sebuah inap desa di Taman Salak Maju pada 25 Disember lalu.

Laporan mengenai kehilangan remaja itu dibuat oleh abangnya, Mohammad Fitra Mad Nasir di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira 10 pagi, kelmarin.

“Menurut laporan yang dibuat abangnya, kehilangan Salsabila Putri disedari pada jam 2.30 pagi semalam (25 Dis).

Wan Kamarul Azran berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan inap desa (homestay) itu mendapati, Salsabila Putri telah keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.

“Pengadu juga telah menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tidak dapat,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Fitra ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian, adik bongsu daripada enam beradik itu tidak merajuk atau bergaduh dengan mana-mana ahli keluarga.

“Kami sekeluarga baru sampai dari Pulau Pinang dan kami datang ke sini untuk bercuti.

“Adik saya berketinggian 165 sentimeter dengan anggaran berat 50 kilogram,” katanya, menambah semasa keluar dari homestay itu, Salsabila Putri berpakai serba hitam, berpelitup muka warna kelabu dan kasut berwarna kelabu.

Sumber HM