Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Adik Loqman maut dicucuh besi panas, atok sedara dedah sesuatu.. ‘saya amat tak sangka’




Polis mengesahkan terdapat kesan dicucuh besi panas di seluruh badan kanak-kanak empat tahun yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh lima rakan kakaknya dalam satu kejadian di Batu Pahat, Johor.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

       

Kakak mangsa kemudian menyerahkan adiknya itu kepada rakannya untuk dijaga.

Namun lain pula yang jadinya apabila mangsa dipercayai didera hingga tidak sedarkan diri.

Susulan daripada itu, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia semalam (Isnin).

“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.”

Hasil siasatan, pihak polis berjaya merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa dan semua suspek telah ditahan reman sehingga 31 Disember.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera pada Jumaat lalu namun disahkan meninggal dunia semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

 

Segamat: “Memang tak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu (dera) hingga mengakibatkan kematian cucu saudara,” kata Ruslan Ahmad, 47, datuk saudara kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia, semalam dipercayai akibat didera.

Ruslan yang ditemui di kediamannya di Labis mengakui terkejut sebaik menerima berita kejadian menimpa cucu saudaranya yang dikenali sebagai Lokman.


“Saya tidak menyangka ada lagi manusia yang lebih kejam daripada haiwan.


“Kalau insan normal, haiwan pun tak sanggup dideranya …saya tidak nampak apa sebab sekali pun yang dia (pelaku) boleh melakukan perbuatan kejam seperti ini,” katanya dengan nada sebak.


Ruslan berkata, sebelum itu dia dan isterinya, Rahimah Rahman, 45 pernah beberapa kali menjaga Lokman sejak dilahirkan pada 31 Disember 2018.


Katanya, dia dan keluarga amat menyayanginya sebelum kanak-kanak malang itu dibawa menetap di Batu Pahat.


Katanya, kali terakhir mereka bertemu Lokman pada 29 Oktober, lalu.


“Kalau ikutkan, saya dan isteri ingin melawat Lokman di HSI sebaik dimaklumkan dia dimasukkan ke hospital, namun kami membatalkan niat memandangkan keadaannya yang tidak sedarkan diri dan memerlukan rawatan rapi.


“Memang rasa teramat terkilan jugalah sebab tidak dapat berjumpanya,” katanya.


Ruslan berkata, urusan tuntutan jenazah mungkin dapat dilakukan esok dan mengikutkan perancangan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatom di sini, sebaik semuanya selesai.


Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.


Polis turut mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.


Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.


Sumber HM