Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tiada rasa kesal, Chef Wan gembira dapat bahagiakan lbu hingga ke saat akhir


Umum mengetahui, hubungan cef selebriti terkemuka, Chef Wan dan ibunya, Che Ani sangatlah akrab. Malah, dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit demi memastikan kebajikan ibunya terbela sehingga ke saat akhir, semalam.

Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkongsi luahan perasaan mengenai pemergiaan ibunya menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi.

                 

Tambah cef selebriti berusia 65 tahun, tiada apa yang perlu dikesalinya dengan pemergiaan ibu kerana dia sudah sedaya upaya mengembirakan hati orang tuanya sehingga ke akhir nyawa wanita itu.

“Tiada rasa apa-apa kesalan pun , malahan terasa bangga dan bahagia yang amat sangat.

“Serta mereta Allah berikan saya kebahagiaan dan senyuman. Tidak dapat digambarkan tetapi semua itu diperoleh apabila seseorang anak melakukan perbuatan baik kepada ibu bapa mereka,”luahnya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan menitipkan pesanan buat semua agar menghargai ibu bapa disaat mereka masih ada di dunia ini sebelum semuanya terlambat dan menyesal dikemudian hari.

Katanya lagi, sebagai seorang anak adalah lebih mereka merancang dengan menyediakan perbelanjaan perubatan bagi mendapatkan rawatan terbaik dan berkualiti seperti membeli insurans.

“Beberapa tahun lalu, saya telah memperuntukkan sekitar RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya untuk perjalanan terakhirnya.

“Saya telah merancang selama ini dan tidak membazir wang untuk sesuatu yang lain.

“Jika anda ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang berkualiti, anda mesti mula menyediakan dana atau membeli insurans perubatan mereka secepat mungkin,”ujarnya.

Terdahulu, ibu kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan iaitu Che Ani meninggal dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot akibat penyakit kanser. Allahyarham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimentia.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber: Instagram @_chefwan58