Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Berbaju seksi, ramai terkejut lihat penampilan Riena Diana sambut tahun baru


Baru sahaja dikhabarkan putus cinta selepas 4 tahun menjalinkan hubungan dengan teman lelaki, pelakon, Riena Diana dilihat ceria bersama kenalan menyambut tahun baru malam tadi yang kebetulan jatuh pada malam minggu.

Pakai tank top je?
Perkongsian Riena di Instagram miliknya telah menarik perhatian ramai apabila penampilannya dengan pakaian yang agak mencolok mata menghadirkan pelbagai komen negatif dari netizen.

Mana tidaknya, pelakon drama Kampung People itu dilihat berani menggayakan tank top berwarna hitam dipadankan dengan skirt berwarna sama.

Terima kasih kelana ‘belanjer’
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat penampilan pelakon yang sinonim dengan watak Lailer ini. Rata-rata mereka berasa pelik apabila selebriti berkenaan semakin seksi dan berani menayang badan dengan pakaian yang agak terdedah seperti itu.



Lain macam azam tahun baru
Baca doa tahun baru bagi faham maksud ye


Lepas kata putus cinta kemain lagi ‘meyeksi’
Lailer kenapa makin seksi?
 



 

Terdahulu, Riena Diana memaklumkan yang hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq terkandas apabila sudah tidak bersama lagi.

Mereka sebelum ini dikhabarkan merancang untuk berumah tangga selepas 4 tahun menjalinkan cinta namun hasrat tersebut nyata tidak kesampaian.

Sumber: Instagram Riena Diana