Abang Muhyiddin Yassin men1nggal dunia, PM ucap takziah
“Salam takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas kehilangan abang yang dikasihi.
“Semoga r0h Allahy4rham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” ciapnya di Twitter.
Terdahulu, Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook rasminya melahirkan rasa dukac1ta atas pemerg1an abangnya.
“Saya dan keluarga merasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda saya Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini (Selasa).
“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan saya di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyrham, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan Allahyrham dalam kalangan orang soleh,” kata bekas Perdana Menteri ke 8.
Abdul Aziz yang lahir pada 27 Oktober 1932 di Muar, Johor meninggal dunia pada usianya 90 tahun.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-9.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : MSTAR